Empat Pelajar Ditahan, Disyaki Terlibat Dalam Kes Jenayah Seksual Dan Sebar Video Tak Senonoh

Empat Pelajar Ditahan, Disyaki Terlibat Dalam Kes Jenayah Seksual Dan Sebar Video Tak Senonoh

Oh! Tidak

Empat pelajar termasuk bekas pelajar ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes jenayah seksual di Baling.


Kalau baru-baru ini kes jenayah seksual melibatkan empat pelajar berlaku di Melaka, kali ini kejadian serupa berlaku di Baling Kedah pula!

BACA: Empat Pelajar Disyaki Terbabit Kes R*gol Di Melaka Dibenar Ambil SPM November Ini

Lapor Sinar Harian, tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah di Baling telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes jenayah seksual serta penyebaran video tidak senonoh melibatkan pelajar bawah umur.

Laporan polis dibuat selepas video tular

Polis

Memetik keterangan daripada Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali, ibu mangsa tampil membuat laporan selepas guru disiplin sekolah memaklumkan tentang video melibatkan anaknya.

Laporan dibuat sekitar jam 8.11 malam dan lebih kurang 9.30 malam tiga pelajar serta seorang bekas pelajar ditahan.

Semasa penahanan suspek, polis turut merampas enam telefon bimbit untuk dianalisis.

Siasatan dedah aktiviti tidak bermoral

Rogol

Menurut Ahmad Salimi, hasil siasatan mendapati empat suspek terlibat dalam penyimpanan dan penyebaran bahan berunsur lucah.

Siasatan juga mendedahkan terdapat aktiviti tidak bermoral yang berlaku termasuk secara berkumpulan di beberapa lokasi termasuk di kawasan sekolah antara Mei hingga Ogos 2025.

Kesemua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaandan Seksyen 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pssttt! Kes seperti ini menunjukkan betapa pentingnya pemantauan ibu bapa dan pihak sekolah terhadap aktiviti pelajar, terutamanya dalam dunia digital sekarang. Oh! Media berharap keadilan berpihak kepada mangsa dan pihak berkuasa dapat memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top