Fazura Akhirnya Beri Respon ‘Surat Terbuka’ Puteri Balqis Buat Fatima | Oh! Media

Fazura Akhirnya Beri Respon ‘Surat Terbuka’ Puteri Balqis Buat Fatima | Oh! Media

Sebelum ini tular satu perkongsian dibuat pelakon remaja, Puteri Balqis yang menyentuh hati ditujukan khas buat anak kepada Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya telah mengundang perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Fazura juga dilihat memberi respon terhadap ‘surat terbuka’ dari Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish itu.

Kalau korang tengok ruangan komen, pelakon wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Aqish kerana mendoakan mereka.

MasyaAllah TabarakAllah, wise words from such a young and brilliant lady. Terima kasih adikku Balqis mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima.

You are admirable. Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia akhirat. Aminn Allahuma Aminn.

Untuk info, Fazura dan suaminya, Fattah Amin mengambil keputusan untuk berpisah dan bercerai talak satu pada 7 Oktober lepas.

BACAFazura Dan Fattah Amin Sah Bercerai Talak Satu

Antara sebab pelakon itu memfailkan penceraian itu kerana Fattah Amin abaikan nafkah untuk dirinya dan Fatima dan sudah tiada persefahaman.


Scroll to Top