Fieya Julia 'sekolahkan' netizen suka label artis sendu

Fieya Julia 'sekolahkan' netizen suka label artis sendu

Kuala Lumpur: Penyanyi Fieya Julia mengakui kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang gemar memberi label seseorang selebriti sebagai ‘artis sendu’ hanya kerana kurang menonjol di media sosial atau industri hiburan.

Fieya atau nama sebenarnya, Nur Syafiqah Sejali, 27, berkata setiap artis mempunyai perjalanan kerjaya dan rezeki tersendiri yang mungkin hadir lebih lambat berbanding orang lain.

“Ada sesetengah orang mudah menganggap seseorang itu sebagai artis sendu.

“Di sebalik kecaman itu, kita tidak tahu mungkin mereka belum ada rezeki,” katanya menerusi hantaran di aplikasi Threads.

Menurut penyanyi itu, ada juga dalam kalangan selebriti yang memilih untuk tidak terlalu menonjolkan diri demi menjaga privasi kehidupan.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa perasaan iri hati dan hasad dengki segelintir pihak.

“Ada yang memilih hidup lebih ‘sendu’ demi menjaga privasi. Manusia ini kadang-kadang tidak lari daripada rasa iri hati dan dengki.

“Saya rasa biarlah orang mahu bercakap apa sekalipun kerana kita tidak mampu memuaskan hati semua orang,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top