New York: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Afrika Selatan terhadap penggantungan tiga perlawanan yang dikenakan ke atas pemain tengah, Themba Zwane, kata Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA), hari ini.
“Kami kecewa dengan keputusan rayuan ini kerana kami percaya hukuman yang dikenakan jauh lebih berat berbanding kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Themba,” kata SAFA dalam satu kenyataan.
Zwane dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA susulan kad merah yang diterimanya dalam perlawanan pembukaan Afrika Selatan pada Piala Dunia 2026 menentang tuan rumah bersama, Mexico, minggu lalu.
Beliau akan melengkapkan penggantungan itu apabila Afrika Selatan menentang Kanada pada pusingan 32 di Los Angeles, Ahad ini.
Pemain tengah, Teboho Mokoena pula kembali berada dalam senarai pilihan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan ketika menentang Korea Selatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




