Fitnah! Khairul Aming tak jual kuali, kesal scammer manipulasi suara guna AI

Fitnah! Khairul Aming tak jual kuali, kesal scammer manipulasi suara guna AI

Fitnah! Pempengaruh yang juga usahawan, Khairul Aming tak jual kuali, sebaliknya mendedahkan ada pihak memanipulasi wajah dan suaranya dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk melakukan penipuan jualan.

Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, 32,  berkata, beliau perlu tampil menjelaskan perkara itu bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa pemerdayaan.

Tegas usahawan asal Kelantan, setakat ini dia hanya menjalankan perniagaan menjual Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet sahaja.

“Fitnah sudah semakin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai.
“KA (Khairul Aming) tak jual barang-barang selain dari Sambal Nyet dan Dendeng Nyet saja,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Khairul Aming tak jual kuali

Mengulas lanjut, Khairul Aming berkata suara dan wajahnya yang digunakan sindiket penipuan dalam satu video iklan jualan periuk bukan miliknya sebaliknya ia olahan menggunakan teknologi AI.

“Ini ada satu benda penting yang saya kena jelaskan sebab ia makin merisaukan.
“Suara yang anda dengar tadi yang anda tengok tadi bukan suara Khairul Aming. Itulah AI yang scammer salah guna untuk tipu orang ramai.
“Ada yang jual periuk, ada yang jual Apple Watch, jual blender, macam-macamlah, macam-macam muka. Muka saya sudah diguna (salah guna) untuk macam-macam benda.. sudah di luar kawalan,” katanya dengan nada kecewa.

Hati-hati, jangan mudah terpedaya

Khairul Aming juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan tidak menjadi mangsa tipu daya hasil daripada penularan penggunaan AI yang kini semakin disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“AI sudah disalah guna, banyak cara sudah disalah guna. Anda akan nampak macam-macam posting yang nampak macam orang itu tapi sebenarnya bukan. Maka berhati-hatilah, jangan mudah percaya.
“Kakak-kakak, makcik-makcik, abang-abang di luar sana yang tengok, tolong berhati-hati. Di Facebook sudah semakin berleluasa benda ini. Fikir, siasat, teliti baik-baik sebelum membeli sesuatu benda,”pesannya.

Artikel lain: Scammer didakwa guna AI suara Siti Nurhaliza, minta sejumlah wang untuk tebus hadiah

Terdahulu, media turut melaporkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi magsa scammer apabila pihak berkenaan dipercayai menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.

Scroll to Top