Gabungan 4 suara dalam Konsert 4G’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Tarikh keramat 11 dan 12 Disember 2020 bakal menyaksikan gabungan empat penyanyi lelaki popular tanah air yang akan menyanyi dalam sebuah konsert besar iaitu Konsert 4G’s.

Keinginan Akim Ahmad, Tomok, Hazama dan Black Hanifah untuk tampil dalam Konsert 4G’s di Istana Budaya pernah tertangguh sebelum ini akibat pandemik COVID-19 namun kali ini ia akhirnya dapat direalisasikan.

Dalam Konsert 4G’s itu, empat penyanyi muda tersebut akan menyampaikan single baharu yang dicipta khas berjudul Suara Licik selain lagu popular yang lain.

Akim berkata, single Suara Licik ciptaan Taja dan lirik oleh Ana Raffali disifatkannya sangat unik.

“Melodi dan lirik single Suara Licik sangat bagus. Saya gembira dapat menyanyi dan merakam lagu bersama tiga rakan seperjuangan yang selalu bersama saya”, katanya.

“Secara kebetulan mahu tampil dalam konsert bersama, jadi kami memerlukan satu lagu baharu yang dinyanyikan. Karya ini sangat menarik untuk dipersembahkan kepada peminat”, katanya lagi.

“Saya akui, pengalaman merakamkan single bersama Hazama, Black dan Tomok sangat luar biasa. Ini kerana masing-masing memiliki karakter dan keunikan suara tersendiri. Mereka adalah penyanyi yang bagus”, katanya kepada media BH Online.

“Kami saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. Malah, kami mahu memberikan yang terbaik ketika rakaman”, tambahnya.

“Pada hari konsert, saya harap single Suara Licik dapat memenuhi cita rasa dan menikmati nyanyian kami. Saya mengharapkan peminat akan terus menyokong konsert artis tempatan. Apabila peminat menyokong, ia umpama menyuntik semangat yang besar untuk tampil dengan persembahan yang bertenaga”, tambahnya lagi.

Sebagai pengetahuan, semua platform digital muzik sudahpun melancarkan single Suara Licik sejak 27 November yang lalu.

Sumber: BH Online

Akmal Hakim
Glamour Desk