Kanak- kanak maut dicampak dari tingkat 4

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui mati setelah dipercayai dilarikan dari pangsapuri tingkat empat di Danau Kota di sini.
Ketua Polis Wangsa Maju, Supritendan Rajab Ahad Ismail, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian yang berlaku pagi ini dan mengatakan polis masih menyiasat punca kejadian.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya, tanpa mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai kejadian tragis itu.
Bernama difahamkan bahawa polis Wangsa Maju akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu. – Bernama

Malay news
national desk