Pak Wan Alif sudah sembuh

Melaka: Alif Satar berkongsi berita baik mengenai datuknya, Mohamad Che Noh yang sudah sembuh dan diberi kebenaran pulang ke rumah setelah mendapat rawatan kerana positif COVID-19 di Hospital Sungai Buloh.

Dalam hantaran di Instagram (IG), Alif berkongsi foto datuknya yang dipanggil Pak Wan sedang berada dalam kereta untuk pulang ke rumah disamping memuji kebesaran Allah SWT.

“Itu Pak Wan saya, pesakit COVID-19 berumur 91 tahun yang sudah sembuh berada dalam kereta untuk pulang ke rumah! Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar”, tulisnya.

Penyanyi, pelakon dan pengacara itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan datuknya sebelum ini.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan haritu. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua”, tulisnya lagi.

Kini, Alif masih berada di Melaka kerana perlu menjalani rawatan lagi selepas disahkan positif COVID-19 minggu lepas.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Glamour Desk