Gadis ‘bersanding’ sendiri, 9 tahun bercinta tunang nikah dengan orang lain

Jodoh merupakan rahsia daripada Allah S.W.T. Pastinya setiap pasangan yang bercinta mahu hubungan yang terjalin diikat dengan hubungan yang sah iaitu pernikahan.

Walau bagaimanapun, tak semua impian tersebut terlaksana kerana kita tidak mampu untuk menjangkakan takdir yang berlaku.

Hal ini samalah yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok menggunakan nama akaun @zizierdzn apabila memuat naik video kekecewaannya di aplikasi itu.

@zizierdzn

9 tahun macam macam kita lalui bersama , and hari ni 19/3 kau kahwin dengan pilihan hati kau .. aku doakan kau bahagia dengan si dia

♬ original sound – Zizie.rdzn – Zizie.rdzn

Dalam video tersebut, dia telah menyertakan sekali kapsyen memaklumkan sudah bercinta hampir 9 tahun dan sudah pun bertunang.

Namun, hubungan mereka mempunyai masalah sekitar Februari lalu dan pada 19 Mac 2021 yang lalu, lelaki berkenaan sudahpun berkahwin dengan pilihan hatinya.

Jadi, memandangkan dia tidak jadi berkahwin, Zizie mengambil keputusan untuk melakukan photoshoot sendiri dengan memakai baju nikah selepas tidah jadi bernikah.

Menerusi Mstar Online, video dia memukul punching bag itu adalah sebagia simbolik kepada perasaannya yang kecewa setelah janji mereka untuk berkahwin tidak kesampaian.

Dia merasakan apa yang ditunjukkan itu sedikit melegakan hatinya setelah berasa terbeban dengan setiap masalah yang berlaku.

“Bila dah pukul punching bag, rasa jatuh beban, rasa ringan. Ada video lama, ada video baru, saya gabungkan semua jadi satu video.

“Ada beberapa barang kenangan tu, saya bakar. Sebab dia pun dah kahwin, dah jadi milik orang…barang-barang kenangan yang berkait.”
“Video tu jugak nak tunjuk perjalanan bagaimana saya gembira pada awalnya, kemudian sedih dengan 1001 masalah dan saya bangkit semula.” Katanya

Perkongsiannya yang mendapat lebih daripada 200 ribu tontonan di TikTok itu telah menarik perhatian warganet. Rata-rata memberikan gadis itu sokongan dan kata-kata semangat agar dirinya kuat dalam menghadapi dugaan ini.

Ada juga sebahagian daripada mereka pernah mengalami nasib yang sama dan mengakui fasa tersebut begitu menyakitkan dan sukar untuk melupakan keadaan tersebut.

Sumber: Mstar ( Mohd Izzat Mohd Khalizan), zizierdzn