Zul Ariffin Nafi Jadi Punca Intan Najuwa Putus Tunang

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Sejak semalam, angat diperkatakan apabila pelakon Intan Najuwa mengesahkan dia bukan lagi tunang kepada Razrul Anwar Rusli dan mereka sudah membawa haluan masing-masing.

Namun, timbul cerita apabila ada pihak mendakwa Intan meninggalkan bekas tunang disebabkan orang ketiga iaitu pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin.

BACA: Intan Najuwa Sah Putus Tunang, Zul Ariffin Dikatakan Jadi Punca?

Menafikan dakwaan menjadi punca Intan putus tunang, Zul berkata dia tidak tahu-menahu mengenai status hubungan Intan sebagai tunangan orang.

“Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia. Lagipun sebelum ini, isu membabitkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai cerita dia sah putus.

“Saya tak tahu pun (Intan putus tunang). Saya tahu ini pun sebab orang cakap. Tapi apa nak buat, saya memang sudah selalu dikaitkan dengan macam-macam benda.

“Jadi saya dah tak kisah pun sebab ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan. Jadi suka hati la,” katanya.

Terdahulu, Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018. Namun pada Februari 2020, Intan dilapor mengambil keputusan untuk berpisah dengan Razrul.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali apabil pelakon itu dilihat ada memuat naik foto mesra bersama tunangnya itu namun tidak menjelaskan status hubungan mereka.