Pak Kassim johan sayembara skrip teater

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – ‘Pesta Kanivor’ dinobat sebagai karya terbaik dalam sayembara penulisan skrip teater anjuran Seniman Paksi Rakyat (Paksi).

Skrip tulisan Kassim Muhamad atau Pak Kassim itu memenangi hadiah pertama RM5,000 yang diumumkan Presiden Paksi, Shamsudin Osman atau lebih dikenali sebagai Dinsman, semalam.

Nama pemenang hadiah utama dan saguhati diumumkan dalam majlis sambutan Hari Puisi Dunia 2021 yang diadakan di Baca Puisi [email protected] Shah Alam Ahad lalu.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah.

Skrip teater “Siapa Yang Berkhidmat” tulisan Roydy Rokidy mendapat tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM3,000, manakala tempat ketiga RM1,000 dimenangi Muhammad Ibrahim Ilyas menerusi karyanya “Catatan Sebuah Negeri”.

Tiga hadiah saguhati dimenangi penulis Rahim Sabri menerusi skrip “Syirik”, penulis dan novelis Rahman Shaari (Rundingan Terus) dan Syahrul Musa (Keranda).

Menurut Dinsman, hanya tiga karya yang layak menerima hadiah saguhati dan pihaknya menerima sebanyak 16 karya termasuk dua dari penulis negara jiran, Indonesia.

Katanya, hadiah akan disampaikan dalam satu majlis yang akan diumumkan kelak, memandangkan sekarang negara di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – MalaysiaGazette