Gadis terkejut teman lelaki diterima bapa garang – “Dia terus suruh nikah cepat2”

Segelintir ibu bapa bersikap ‘strict’ kerana mahu yang terbaik bagi keluarga mereka. Disebabkan tindakan itu, anak-anak terpaksa berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu perkara apatah lagi jika ingin memperkenalkan kekasih hati.

Bagi seorang gadis Alia Armani, dia tidak menyangka bapanya yang disifatkan mempunyai personaliti garang telah menyambut baik kehadiran teman lelakinya Amir Nazren ketika diperkenalkan kepada ahli keluarga.

@aliaa_armani

Reply to @simjaee #strictparents je yg faham 😂 #akakalia #eday #engagement

♬ nhạc nền – TrungBau1992 – TrungBau1992

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, gadis berusia 21 tahun mengakui kekasihnya adalah teman istimewa pertama yang ‘berani’ berjumpa dengan bapanya sebelum melangsungkan majlis pertunangan pada 16 Oktober lalu.

“Sumpah tunang i orang first yang jejak ke rumah i, orang first jumpa ayah i sebab semua orang tahu ayah i garang.
“Bila dia datang cakap nak merisik, ayah terus setuju dan suruh nikah cepat-cepat. Sumpah tak percaya!” tulis Alia dalam video tersebut.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan Alia yang dikatakan memiliki wajah seiras selebriti Ayda Jebat selamat mengikat tali pertunangan dalam majlis yang bertemakan warna biru lembut.

@aliaa_armani

Reply to @aisyahrahmanzzzzz sbb ramai sangat ckp mcmni 🙈🤍 Thankyou semua #eday #akakalia #engagement

♬ Kupinang Kau Dengan Bismillah – Rossa

Video berkenaan meraih hampir 360,000 tontonan serta ratusan komen dalam kalangan warganet yang tumpang gembira atas majlis pertunangan tersebut.

Bagaimanapun, ada juga segelintir individu menyatakan wajah Amir kelihatan seakan-akan sama seperti bapa Alia yang dikatakan petanda jodoh kuat di antara pasangan tersebut.

Sumber: TikTok @aliaa_armani

Leave a Comment