Gen Z bekerja! Tak ada masalah di dunia ini yang tak boleh diselesaikan -Mukhlis Mubin

Gen Z bekerja! Tak ada masalah di dunia ini yang tak boleh diselesaikan -Mukhlis Mubin

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mohammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah  menegaskan bahawa tiada masalah yang mustahil untuk diselesaikan sekiranya pihak yang diberi amanah mempunyai kesungguhan dan pendekatan bersesuaian.

Setiap masalah ada jalan penyelesaian

Menurutnya, setiap isu yang dibangkitkan penduduk perlu didengar dan diteliti bagi mencari jalan penyelesaian, bukannya sekadar membincangkan kesukaran untuk mengatasinya.

“Pertama sekali, tak ada satu pun masalah dekat dunia ini yang tak boleh diselesaikan. Cuma bergantung kepada mereka yang diamanahkan untuk menyelesaikan itu,” katanya.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pemuda berusia 25 tahun itu sewaktu sidang media selepas  sesi Dialog Santai bersama Persatuan Nelayan Kuala Linggi di jeti LKIM, Sabtu.

Mahu selesai isu banjir pula

Antara isu yang sering dibangkitkan penduduk termasuk masalah nelayan, peluang pekerjaan serta pampasan susulan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mukhlis turut memberi perhatian kepada masalah banjir yang dikaitkan dengan sistem perparitan sehingga menyebabkan air naik dalam tempoh singkat.

“Isu banjir, sistem perparitan yang menyebabkan air dengan cepat dalam 2-3 jam sahaja. 2 jam lepas, kita dah boleh naik banjir. Itu masalah yang perlu, yang sangat kita rekankan dan insyaAllah segera kita boleh mengangkat,” ujarnya.

Susulan daripada itu, beliau berpandangan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan mampu membantu mempercepatkan usaha menyelesaikan isu setempat serta memastikan lebih banyak manfaat dapat dinikmati penduduk Kuala Linggi.

 

Scroll to Top