Grealish, Maguire menyinar tundukkan Ireland

London: Gareth Southgate mengakui dia kagum dengan Jack Grealish selepas pemain sayap England itu mempamerkan aksi terpuji ketika menang 3-0 dalam perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland.

Southgate juga memuji Harry Maguire yang diberikan peranan sebagai kapten buat pertama kalinya dan merupakan penjaring gol pembukaan pada pertemuan di Wembley itu.

Ia adalah tonik tambahan buat Maguire yang melalui fasa yang sukar setelah dicemari kes mahkamah di Greece serta persembahan buruk buat Manchester United dan England.

Jadon Sancho menjaringkan gol kedua England sebelum rehat dan Dominic Calvert-Lewin menjadikan keputusan 3-0 menerusi sepakan penalti pada babak kedua.

Ia sudah cukup bagi mengesahkan kemenangan pertama buat England berdepan Ireland sejak 1985.

“Dua pemain di bahagian sayap (Jadon dan Jack), mereka berdua ada kebebasan untuk ke masuk mana-mana bahagian dan mencipta ancaman”, kata Southgate.

“Saya rasa mereka benar-benar beraksi dengan baik. Apabila mereka berlari, mereka sudah tentu memberi masalah besar buat pihak lawan”, tambahnya pengurus itu lagi.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Sports Desk