‘Mickey’ tidak lagi bersama Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Pahang: Pemain lincah, Mohd Faisal Abdul Halim akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan tok gajah itu selepas lima musim bersama pasukan Pahang.

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, sebagai pemain professional dia perlu menerima hakikat bahawa tidak selamanya dia dapat bermain dengan pasukan Pahang apabila kontrak lima musim berakhir pada musim ini.

Katanya, lima musim bersama skuad Pahang terlalu banyak pengalaman yang dapat dikumpul sebagai bekalan bagi mengharungi cabaran di pentas bola sepak tempatan selepas ini.

“Saya seronok bersama pasukan Pahang selama lima musim. Banyak pahit dan manis beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) dapat dikumpul sehingga akhirnya berpeluang terpilih membawa cabaran pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa”, tambahnya.

“Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) sentiasa menjaga kebajikan pemain. Saya berbangga dapat menabur bakti dengan Pahang”, katanya yang sedang meneliti tawaran beberapa pasukan baharu bagi saingan musim depan.

Dia yang terkenal dengan panggilan Mickey berkata bahawa menyarung jersi Pahang menjadi kebanggaan walaupun tidak mampu memberi banyak kejayaan kepada pasukan. Baginya, kepercayaan jurulatih memberinya beraksi merupakan suatu penghargaan yang amat bererti dan membanggakan.

Beliau juga menambah bahawa berasa sedih dan berat hati untuk meninggalkan Pahang kerana begitu menebal dalam dirinya namun apakan daya jodoh bersama pasukan itu berakhir musim ini.

“Lima musim bersama Pahang dan saya seronok bergandingan dengan barisan pemain import bertaraf bintang seperti Mohamadou Sumareh, Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon”, tambahnya lagi.Pengalaman bersama mereka amat berharga untuk dibawa bersama pasukan baharu musim depan.

“Saya seronok bersama Pahang dan saya doakan semoga Pahang meniti kejayaan selepas ini”, katanya.

Sumber: Sport Malaya

Akmal Hakim
Sport Desk