Hafizh timang anak lelaki

Hafizh timang anak lelaki

PETALING JAYA: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya bergelar bapa apabila mengesahkan isterinya telah selamat melahirkan anak pertama mereka.

Berita gembira itu dikongsi di Instagram dengan memuat naik status iste­rinya Noor Suzana Abdul Manaf telah selamat melahirkan anak lelaki.

“Alhamdullilah isteri saya dah selamat melahirkan bayi lelaki jam 1.37 pagi 10/3/2022. Berat bayi 3.86 kg (kilogram,” tulisnya.

Hafizh, 27, berkahwin de­ngan Suzana, seorang model pada Disember 2017.

Hafizh telah mendapat beribu ucapan tahniah daripada peminat dan rakannya sebaik sahaja berkingsi berita gembira tersebut di media sosialnya.

 

Scroll to Top