Pelakon dan penyampai radio, Fazziq Muqriz memohon maaf susulan tindakannya berkongsi video mesra bersama isteri di media sosial serta mengakui ketelanjurannya.
Memetik HibGlam, Fazziq bagaimanapun berpendapat tindakan tersebut tidak melampaui batas namun menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dan akan berhati-hati selepas ini.
BACA: “Tu Curvy Body” – Body Isteri Fazziq Jadi Perhatian, Ramai Yang Tak Jadi Diet
“Saya tahu perkara ini nampak seperti melampau, tetapi bagi saya tidaklah terlalu keterlaluan. Dia isteri saya, halal buat saya, jadi hak saya untuk mencium pipi atau bibirnya.
“Mungkin dia memuat naik video itu kerana bangga dengan saya sebagai suami. Namun selepas ini kami akan lebih berhati-hati. Jika ramai tidak selesa, kami tidak akan ulangi perkara sama. Bagi pihak kami, saya mohon maaf dan akan lebih berjaga-jaga selepas ini,” katanya.
Sementara itu, Fazziq berkata ramai yang mengecam diruangan komen namun dia memilih untuk tidak membalas serta menjadikannya sebagai iktibar.
“Setakat ini, tiada mesej peribadi melampau, cuma di ruangan komen memang banyak. Kami ambil sebagai iktibar supaya tidak mengulangi perkara sama.
“Saya juga pesan kepada isteri supaya tidak memberi sebarang reaksi. Jika kita melayan, orang akan rasa menang. Kalau kita diam, perkara itu akan berlalu,” katanya.
Sumber: HibGlam




