Milan: Nasib Lewis Hamilton bersama Ferrari mungkin berubah positif menjelang musim 2026 apabila pasukan itu dilaporkan sedang melakukan perubahan teknikal penting untuk menyesuaikan kubik kereta dengan gaya berlumba bintang tujuh kali juara dunia itu.
Menurut laporan Formula Passion Italy, Ferrari kini sedang membangunkan jentera musim 2026 dengan penambahbaikan sistem brek dan suspensi belakang agar lebih mesra kepada gaya pemanduan Hamilton berbanding jentera SF-25 musim ini.
Hamilton pernah menyuarakan kekecewaannya terhadap karakter kereta 2025 yang lebih disesuaikan dengan Charles Leclerc iaitu gaya berat sebelah hadapan dan ringan di belakang—manakala Hamilton lebih selesa dengan cengkaman belakang yang stabil.
Penambahbaikan teknikal ini bukan dibuat khusus untuk Hamilton, tetapi dilaporkan mampu ‘mudahkan kehidupannya di dalam cockpit’ sekali gus memberi harapan agar dia lebih kompetitif musim hadapan
Tambahan pula, Ferrari menambah keyakinan apabila mengesahkan Fred Vasseur terus kekal sebagai Ketua Pasukan melalui perbaharui kontrak jangka panjang seterusnya satu langkah yang disambut baik oleh Hamilton sebagai asas kestabilan dalam pembinaan pasukan
Situasi ini dianggap mirip kepada strategi ketika Michael Schumacher dengan tegas mengekalkan Jean Todt di Ferrari dulu dan Hamilton dikatakan antara yang menyokong langkah itu sebagai nukilan masa depan Ferrari.
© New Straits Times Press (M) Bhd




