Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga

Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga

Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga daripada kedudukan ke-134 ke-137 dunia.

SKUAD Harimau Malaya mengalami kejatuhan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) buat kali pertama dalam tempoh 14 bulan.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon itu jatuh tiga anak tangga daripada ranking ke-134 kepada kedudukan ke-137 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu FIFA pada Khamis.

Malaysia memungut 1.82 pada kemas kini kali ini sekali gus membawa kepada pungutan 1096.72 mata berbanding 1094.9 mata pada kemas kini 21 September lalu.

Kejatuhan itu susulan pengiraan keputusan di Pestabola Merdeka yang menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan India 4-2 sebelum tewas kepada Tajikistan 0-2 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Scroll to Top