Pelakon lelaki, Harris Annuar naampaknya turut terkejut dengan insiden melibatkan jurugambar, Aqo Imran yang menyerang dua pereka fesyen dengan kamera. Ini kerana, Harris mengenali Aqo sebagai seorang yang baik.
Harris, yang cukup mengenali Aqo secara peribadi, tampil mempertahankan rakan baiknya itu. Menurut Harris, Aqo bukanlah seorang yang cepat marah dan tindakan yang berlaku mungkin disebabkan tekanan emosi yang sudah lama terpendam.
Sepanjang mengenali Aqo, dia bukan jenis begitu (panas baran dan ganas). Mungkin sebab dia sudah lama pendam.
Mungkin sebab terlalu geram jadi dia lepaskan. Kami memang rakan baik, tahu luar dalam masing-masing. Dia seorang yang baik dan cukup menjaga solat. Dia tak pernah buat masalah.- Kata Harris.
Aqo tak pernah mengadu tentang hutang…
Mengenai isu hutang yang dikaitkan dengan dua pereka fesyen, Razman dan Razmi, Harris berkata ia adalah sesuatu yang baru diketahuinya selepas berita tersebar.
Berkenaan isu hutang, dia tak pernah kongsi kepada saya. Saya tahu lepas baca berita mengenai kes dia semalam.- Jelas Harris.
Sebagai seorang rakan yang rapat, Harris turut menitipkan doa agar segala urusan Aqo dipermudahkan. Dia percaya bahawa rakan baiknya itu tidak akan bertindak sedemikian tanpa sebab yang mendalam.
BACA: Jurugambar Didakwa Cederakan Pereka Fesyen Dengan Kamera, Mengaku Tak Bersalah
#OhmediaNasihat
Kadang-kadang, tekanan hidup boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kebiasaan. Jika anda menghadapi situasi sukar, carilah sokongan daripada rakan atau keluarga. Jangan pendam perasaan terlalu lama, kerana ia boleh menjadi bom jangka yang memakan diri sendiri.