Hina atlet Malaysia, wanita jerit “jelek & gendut” kepada Aaron Chia teruk dikecam

Hina atlet Malaysia, wanita jerit “jelek & gendut” kepada Aaron Chia teruk dikecam

Kemenangan pasukan Malaysia kategori lelaki untuk Badminton Berpasukan Asia 2022 semalam dan tempat ketiga untuk katergori perempuan sememangnya memberikan kegembiraan buat negara.

Selepas melalui pelbagai konflik dalaman, atlet-atlet muda negara telah memberikan saingan yang sengit dan berjaya menumpaskan juara bertahan Indonesia.

Pertandingan yang berlangsung di Malaysia telah memberi satu benefit untuk para penyokong bagi memberikan semagat kepada barisan atlet.

Disebabkan itu, ramai yang menunggu untuk meraikan atlet sebelum mereka berentap di gelanggang.

Namun, dalam satu rakaman video yang diambil oleh seorang penyokong di luar Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, dapat didengar ada individu yang menghina salah seorang atlet Malaysia yang juga merupakan kapten pasukan Aaron Chia.

Memanggil Aaron dengan panggilan ‘gendut, jelek’ telah membuatkan warganet berasa geram memandangkan ia merupakan salah satu bentuk ‘bodyshaming’.

Dengan menggunakan loghat Indonesia, individu tersebut dengan sengaja mengulang-ulang perkataan kasar itu sehinggalah Aaron masuk ke dalam Pusat Konvensyen Setia City.

Warganet yang berada di lokasi kejadian juga telah merakam gambar individu yang menghina atlet Malaysia dan terlihat seorang wanita sudah berusia berdiri di tepi laluan atlet.

Hal ini membuatkan banyak pihak geram kerana apa yang dilakukan oleh individu tersebut sangat tidak sopan dan tiada semangat kesukanan langsung.

Menjengah keruangan komen, ramai yang mengecam tindakan biadap wanita itu dan bukan hanya warga Malaysia yang marah bahkan penyokong badminton dari Indonesia turut geram dengan tindakan seperti itu.

 

Sumber: Twitter @hweng19, @heiszkdlin

Scroll to Top