Hot Daddy jadi tetamu podcast, netizen anggap promosi zina

Hot Daddy jadi tetamu podcast, netizen anggap promosi zina

Bapa tiga anak yang dikenali sebagai Hot Daddy jadi tetamu podcast sehingga netizen menganggap ia adalah promosi kepada perbuatan zina.

Ini kerana Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli telah didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Hot Daddy jadi tetamu podcast

Susulan itu, terdapat segelintir pihak mengambil peluang menjemput lelaki berusia 32 tahun tersebut bagi menjayakan sesi bual bicara menerusi sebuah podcast.

Namun, ramai netizen menganggap tindakan menjemput Hot Daddy jadi tetamu podcast berkenaan sama sahaja seperti menyokong perbuatan zina.

Artikel lain: Ilmu asas berbeza dengan praktikal, podcaster dakwa sekolah tiada nilai

Menjengah ke aplikasi X, rata-rata meluahkan rasa kurang senang kerana seolah-olah mahu menormalisasikan perbuatan membabitkan dosa besar.

Rosak….

Buat apa jemput Daddy Ash?

Kenapa agung-agungkan sangat dia tu?

Pada masa sama, ada segelintir netizen mempertikaikan pihak podcast sepatutnya menjemput individu berpengaruh yang memberi inspirasi serta membawa imej baik untuk menjadi ikutan anak muda.

Punya ramai contoh yang lebih baik

Nanti budak-budak fikir benda ni normal

Bagaimanapun, terdapat juga individu masih memberikan sokongan kepada Hot Daddy dan meminta agar orang ramai untuk memberikan peluang untuk bersuara.

Kita sepatutnya mendoakan je

Best podcast diorang ni…

Tidak dinafikan kata-kata netizen, ramai lagi pempengaruh yang layak untuk tampil berkongsi cerita serta pendapat masing-masing berbanding individu terbabit dengan jenayah! Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.

Sumber: TikTok BGTV, X