Hujan lebat 2 jam sebabkan empat kampung banjir kilat, 1 PPS dibuka di Kulim

Hujan lebat 2 jam sebabkan empat kampung banjir kilat, 1 PPS dibuka di Kulim

am@hmetro.com.my

Kulim: Hujan lebat berterusan lebih dua jam hari ini menyebabkan empat kampung dan satu taman perumahan di daerah ini dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, antara kawasan terjejas banjir adalah Kampung Padang Tembak, Kampung Seri Kulim, Kampung Padang Limau, Kampung Taman Kancil Lunas dan Taman Seri Kulim.

Beliau berkata, berikutan itu sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kampung Belakang Taman Sang Kancil dibuka jam 8.30 malam ini untuk memindahkan mangsa banjir di kawasan berkenaan.

“Hujan lebat bermula jam 5 hingga 7 petang menyebabkan air naik di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun setakat ini jumlah mangsa yang dipindahkan masih dalam bancian.

“Sehubungan itu, penduduk yang terjejas dilanda banjir di daerah ini boleh menghubungi pasukan penyelamat untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Amirul Alif berkata, trend air menurun dan ada sebahagian air surut sepenuhnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top