“I minta maaf sayang, I akan cuba sehabis baik bersihkan nama you” -Shuib

“I minta maaf sayang, I akan cuba sehabis baik bersihkan nama you” -Shuib

Selebriti, Shuib Sepahtu dilihat mulai hilang sabar apabila banyak pihak yang tidak sudah-sudah melemparkan fitnah ke atas dirinya dan keluarga sejak pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Dia juga telah mengambil tindakan bersemuka dengan salah seorang individu yang meninggalkan posting jelek di Facebook dan memaafkan lelaki terbabit selepas terbuka hati dengan keikhlasannya memohon maaf.

Kesal dengan apa yang telah terjadi, Shuib memuat naik video ketika bersama allahyarham Siti Sarah dengan meninggalkan kaspyen memohon maaf kerana terlalu banyak fitnah yang menyentuh perihal pemergiannya.

@shuibsepahtu

I minta maaf sayang,,Orang cakap mcm2 tentang U,Orang Fitnah U tentang perkara yg langsung tak masok akal.InsyaAllah I akan cuba sehabis baik utk bersihkan nama U Sayang.Allah maha hebat,Allah akan ade sentiasa bersama kita.Doakan I dr sana 🙏 Al Fatihah Buat Siti Sarah Bt Raissuddin

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

“I minta maaf sayang,,Orang cakap mcm2 tentang U,Orang Fitnah U tentang perkara yg langsung tak masok akal. InsyaAllah I akan cuba sehabis baik utk bersihkan nama U Sayang.
“Allah maha hebat,Allah akan ade sentiasa bersama kita.Doakan I dr sana. Al Fatihah Buat Siti Sarah Bt Raissuddin,” tulisnya.

Ujarnya, dia akan sedaya upaya membersihkan nama Siti Sarah agar tiada lagi yang menyatakan pelbagai fitnah tidak masuk akal sehingga boleh menggangu ketenangan keluarga termasuklah anak-anak yang semakin membesar.

Shuib turut menyertakan sekali video perjalanan-perjalanan terakhir arwah sewaktu dibawa ke hospital dan ketika Shuib menghantar pemergian jenazah isterinya ke pusara selepas disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersimpati dengan apa yang telah dihadapi oleh Shuib sekeluarga.

Mana tidaknya, dia yang baru ingin kembali merasai kebahagian setelah berumah tangga semula dengan Watie Hanifiah telah dikecam dengan pelbagai tohmahan sehingga membawa-bawa nama allahyarham isterinya.

 

 

 

 

Sumber: TikTok Shuib Sepahtu

 

Scroll to Top