Penyanyi baharu, Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin sering menjadi bualan ramai meskipun baru sahaja ‘bertapak’ dalam dunia hiburan.
Malah, baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik olej Iman di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa gambar dirinya dengam menitipkan ucapan selamat tahun baru kepada para pengikutnya.
“Selamat tahun baru sayang! Dah lama Iman tak pakai bawal, cantik tak? Apa-apa pun, bercuti tu elok-elok tau semua. Nanti apa-apa kongsikan perkembangan kat direct message (DM) okay!,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wajah gadis yang berusia 21 tahun itu adalah iras dengan usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida.
Mana tidaknya, netizen mendakwa ada beberapa bahagian wajahnya adalah sangat mirip seperti usahawan tersebut terutamanya di bahagian bibir.




Pun begitu, ramai yang memuji Iman dilihat semakin cantik dan turut menitipkan ucapan tahun baru buat penyanyi kelahiran Selangor itu.




Sumber: TikTok @imantroye





