India gantung pesawat MiG-21

India gantung pesawat MiG-21

NEW DELH – Tentera Udara India (IAF) telah memutuskan untuk menghentikan penggunaan pesawat MiG-21 buatan Rusia sehingga siasatan untuk mengenal pasti punca nahas di Rajasthan awal bulan ini selesai.

IAF mempunyai sebanyak tiga skuadron varian Bison MiG-21, antara jumlah 31 skuadron, daripada 50 pesawat MiG-21.

MiG-21 digunakan dalam IAF pada tahun 1960-an, dan 800 varian MiG-21
sudah digunakan dalam perkhidmatan.

Nahas MiG-21 pada 8 Mei lalu mengorbankan tiga orang selepas serpihan daripada jet yang terhempas itu jatuh menimpa mereka.

“MiG-21 telah dihentikan sehingga siasatan dijalankan dan punca nahas dipastikan,” menurut Hindustan Times. yang memetik pegawai kanan pertahanan.

Menurut media itu, kadar nahas jet pejuang MiG-21 telah menjadi punca kebimbangan utama India sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Agensi