Individu Dakwa Kawan Rapat Syed Saddiq Sanggup Menipu Ketika Beri Keterangan, Datang Bergambar Bila Kes Selesai | Oh! Negara – Oh! Media

Individu Dakwa Kawan Rapat Syed Saddiq Sanggup Menipu Ketika Beri Keterangan, Datang Bergambar Bila Kes Selesai | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Rakan baik Syed Saddiq dakwa ada pihak menipu ketika beri keterangan dan belum datang minta maaf.


Di Thread, rakan baik YB Syed Saddiq dikenali sebagai Adam Mohd Muhayeddin meluahkan rasa terkilan mendakwa ada pihak yang sanggup menikam Ahli Parlimen Muar itu daripada belakang.

BACA: Syed Saddiq Kekal Bebas Dalam Kes Dana Armada 2-1

Pendedahan tersebut dibuat selepas Syed Saddiq dibebaskan daripada empat pertuduhan pecah amanah hari ini. Dakwanya, ada dalam kalangan rakan rapat telah menipu ketika diminta memberikan keterangan hanya kerana berbeza pandangan politik.

Dakwa ada yang reka cerita ketika beri keterangan

Syed Saddiq

Dalam hantaran susulan, individu itu turut menyentuh mengenai soal kemaafan dan menegaskan bahawa mereka tidak keberatan untuk memaafkan, namun pihak berkenaan perlu tampil sendiri meminta maaf.

Katanya, kemaafan tidak hadir secara automatik sekiranya pihak yang didakwa pernah melakukan kesalahan tidak berusaha memperbaiki keadaan.

Terkilan ada yang didakwa mahu ‘ride on’ populariti Saddiq

syed saddiq

Lebih membuatkan individu itu terkilan, dia mendakwa ada pihak yang tidak pernah meminta maaf, namun tiba-tiba mahu bergambar dan memuat naik hantaran seolah-olah memberi sokongan.

syed saddiq

Namun katanya, Syed Saddiq sendiri telah memaafkan ‘rakan rapat’ itu dan meminta dia juga memaafkan dan move on.

Pssttt! Kadang-kadang, yang paling menyakitkan bukan datang daripada orang luar, tetapi daripada mereka yang pernah dianggap rapat. Apa pun kisah di sebalik luahan ini, harapnya semua pihak dapat mencari jalan terbaik untuk berdamai, namun kemaafan juga perlu datang bersama keikhlasan dan tanggungjawab.

Kredit: Thread amofficialmy
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top