Indonesia gagal ke final Piala Asia B-23

Indonesia gagal ke final Piala Asia B-23

Doha: Uzbekistan mara ke final kali ketiga dalam empat edisi Piala Asia B-23 selepas menewaskan Indonesia 2-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Abdullah Bin Khalifa sebentar tadi.

Kemenangan itu turut mengesahkan kemaraan mereka ke Olimpik manakala Indonesia perlu menang aksi penentuan tempat ketiga pada Khamis ini jika mahu layak ke Paris 2024.

Kedua-dua gol kemenangan Uzbekistan diperoleh pada separuh masa kedua menerusi Muhammadkodir Hamraliev pada minit ke-68 dan jaringan sendiri Pratama Arhan pada minit ke-86.

Uzbekistan akan menentang pemenang di antara Jepun dan Iraq yang akan berentap awal pagi ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd