Ingat Air Sisa Kumbahan Terus Masuk Sungai Ke? Netizen Kena Tahu Proses Sebenar Rawat Sisa Kumbahan Kita | Branded – Oh! Media

Ingat Air Sisa Kumbahan Terus Masuk Sungai Ke? Netizen Kena Tahu Proses Sebenar Rawat Sisa Kumbahan Kita | Branded – Oh! Media

“Ala, buang je air sisa tu dalam sinki. Nanti masuk kumbahan juga”

Betul tu. Tapi, pernah tak korang terfikir, apa sebenarnya terjadi pada semua air sisa kumbahan yang kita dah buang? 

Bila fikir balik, bukan setakat air kotor daripada sinki je tau, ada juga dari tandas, bilik mandi, mesin basuh dan banyak lagi lah. Boleh dikatakan setiap hari, ada saja air sisa kumbahan yang kita buang. 

“Ala, nanti dekat kumbahan tu ada lah tu proses yang diaorang buat”

Okay, tapi masih tak menjawab persoalan betul tak? Kalau nak tahu apa sebenarnya yang terjadi, meh sini kami kongsikan. 

Pencemaran Akan Berlaku & Kesihatan Confirm Terjejas!

Sebelum kami kongsi ke mana dan apa sebenarnya terjadi pada air sisa kumbahan yang kita buang, kami nak bagi korang satu gambaran dulu apa akan terjadi kalau air sisa kumbahan ini dibuang sesuka hati. 

“Ala, nanti semua air tu masuk ke sungai atau laut juga”

Korang tahu tak, kesemua air sisa kumbahan yang kita buang setiap hari tu mengandungi sejumlah besar bahan organik, bakteria dan bahan pencemar lain. 

Cuba korang bayangkan, air sisa kumbahan tu kalau tak dilepaskan ke sistem kumbahan dan dirawat dengan cara yang betul, ia akan mendatangkan kemudaratan bukan saja pada manusia, malah pada alam sekitar juga tau!

Kalau kesemua air sisa kumbahan tu dibuang terus ke parit dan kemudian ke sungai, ia akan menjejaskan kualiti air serta merosakkan sistem ekologi persekitaran. Haa, dari sinilah ada risiko untuk penularan penyakit. 

Apa Terjadi Pada Air Sisa Kumbahan Yang Dibuang?

Sebenarnya, simple je. Semua air sisa kumbahan yang dibuang akan diangkut ke loji rawatan menggunakan paip kumbahan bawah tanah.

Di loji rawatan itulah, segala proses rawatan terjadi, termasuklah proses menapis sampah dan bendasing, melupuskan enap cemar, rawatan biologi dan pembasmian kuman untuk mengurangkan bahan pencemar dalam sisa air. 

“So, dah go through semua proses ni, air tu dilepaskan ke sungai ke?”

Technically, hanya air yang memenuhi piawaian alam sekitar selepas rawatan saja yang boleh dilepaskan dengan selamat. 

Kalau ada sumber daripada hasil rawatan yang boleh dikitar semula, ia bukan saja dapat mengurangkan pembaziran, malah boleh memelihara kelestarian sumber air semula jadi bagi jangka masa panjang. 

Contohnya, air sisa kumbahan yang dirawat secara intensif boleh dimanfaatkan semula untuk kegunaan industri, penyejukan kilang mahupun landskap. 

Kalau sisa pepejal atau enap cemar yang terhasil daripada proses rawatan pula, ia akan diproses menjadi baja organik. Baguskan?

Jadi, Siapa Hero Disebalik Semua Proses Ni?

Haa, kami yakin confirm korang jarang atau tak pernah nampak langsung proses ini terjadi. Paling-paling pun, korang hanya nampak lori tengah sedut air sisa kumbahan je, itu pun sekali lalu. 

Tahu tak siapa hero sebenar di sebalik semua proses ni? Of course tak lain tak bukan Indah Water Konsortium (IWK)! 

Ia bertanggungjawab untuk pengumpulan, rawatan dan pengurusan sisa air di seluruh negara (tak termasuk Sabah dan Sarawak). 

Kenapa kami kata hero? Sebab IWK ni secara senyap-senyap melindungi kesihatan masyarakat serta alam sekitar daripada kumbahan yang tak dirawat tau.

IWK ni jugalah yang memastikan semua air sisa kumbahan domestik dari setiap lokasi, menjalani proses rawatan yang selamat dan memenuhi piawaian sebelum dilepaskan, sekali gus melindungi ekosistem sungai dan sumber air sambil mengekalkan persekitaran yang sihat. 

Selain pengurusan kumbahan awam, IWK ni pun ada sediakan khidmat pembersihan tangki septik untuk kediaman yang mempunyai tangki septik individu. 

Mereka akan menyingkirkan dan merawat sisa pepejal terkumpul dalam tangki secara berkala bagi mencegah masalah seperti limpahan, tersumbat, bau dan kebocoran kumbahan. 

Sama-Sama Wujudkan Persekitaran Yang Bersih & Sihat

Jadi, sekarang korang dah tahu ke mana air sisa kumbahan yang kita buang setiap hari ni pergi kan? 

Haa, selain daripada IWK, kita juga perlu bekerjasama dalam meningkatkan lagi kesedaran tentang kebersihan alam sekitar bagi mewujudkan persekitaran yang lebih tenang dan sihat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi IWK, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini. 

Untuk bertukar kepada ebil IWK atau membuat pembayaran dengan lebih mudah, layari Portal Pelanggan IWK.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top