Inisiatif KKM atasi penghijrahan jururawat ke luar negara

Inisiatif KKM atasi penghijrahan jururawat ke luar negara

KUALA LUMPUR: Tawaran jawatan tetap, elaun bulanan pos ba­­sik jururawat dinaikkan daripada RM100 kepada RM200, pe­nambahbaikan gaji menerusi Sis­tem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pemberian insentif dan elaun mengikut kelayakan.

Itu antara inisiatif diambil Ke­menterian Kesihatan (KKM) ba­gi meningkatkan kebajikan ju­rurawat seterusnya mengatasi peng­hijrahan mereka ke luar negara hingga boleh menjejaskan sektor kesihatan negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kementerian memberi tumpuan kepada dua pendekatan utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendekatan itu adalah mempercepat pengambilan jurura­wat baharu dan memperkukuh pengekalan jururawat sedia ada.

Selain itu, katanya, KKM me­ngekalkan waktu bekerja selama 42 jam seminggu bagi jururawat yang bertugas secara syif.

Selain itu katanya, kementerian turut memperluas peluang latihan dan kenaikan pangkat bagi meningkatkan prospek kerjaya jururawat dalam perkhid­matan awam.

“Keutamaan KKM adalah untuk memastikan perkhidmatan kejururawatan awam kekal kompetitif, kebajikan mereka terpelihara dan prospek kerjaya mereka terus dibangunkan serta diperkasakan,” katanya se­lepas melancarkan Pelan Hala Tuju

Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026-2030 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini, semalam.

Dzulkefly berkata, fleksibi­liti penempatan juga ditambah baik menerusi kemudahan pertukaran secara suka sama suka, yang membolehkan jururawat memohon pertukaran berdasarkan persetujuan bersama.

“KKM turut berusaha mempercepat proses pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan, selain memastikan kebajikan dan prospek kerjaya jururawat terus diberi perhatian bagi mengekalkan tenaga kerja dalam sektor kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, KKM akan mempercepat proses penyerapan pegawai farmasi kontrak ke jawatan tetap, dengan 3,545 pegawai masih berkhidmat secara kontrak setakat Julai lalu.

Kata beliau, seramai 115 pegawai farmasi lagi berada dalam senarai simpanan atau menunggu pelantikan tetap.

“Ini masih lagi dalam proses dan saya sendiri mahu meletakkan satu komitmen untuk mempercepatkan proses penye­rapan mereka dalam perkhidmatan tetap,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan jumlah pegawai farmasi yang bakal dilantik atau tempoh pelaksanaan pro­ses berkenaan.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Dzulkefly mengesahkan semua jururawat dalam perkhid­matan kesihatan awam kini ditawarkan jawatan tetap dan tiada lagi yang berkhidmat secara kontrak.

Beliau berkata, sasaran penyerapan 9,000 pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap sebelum akhir 2027 pula hanya melibatkan doktor dan tidak termasuk pegawai farmasi atau jururawat.

Menurutnya, KKM masih mem­perincikan mekanisme pe­lak­sanaan sasaran itu, terma­suk pembahagian kumpulan pegawai perubatan yang akan diserap.

Sasaran berkenaan meningkat dua kali ganda berbanding sasaran terdahulu untuk menye­rap purata 4,500 pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap. – UTUSAN

Scroll to Top