Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung satu kes yang dipercayai berkaitan pengisytiharan harta.
Menurut laporan Kosmo, perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad, ketika dihubungi hari ini.
Pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibuat di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Bagaimanapun, setakat ini, butiran lanjut mengenai pertuduhan yang bakal dikenakan masih belum diketahui.
Sebelum ini ditangguhkan

Terdahulu, prosiding terhadap Ismail Sabri yang sepatutnya berlangsung pada 7 Ogos lalu ditangguhkan ke 27 Ogos.
Hakim Suzana menetapkan tarikh baharu itu selepas Amer Hamzah memohon penangguhan kerana anak guamnya berada di Institut Jantung Negara (IJN) atas faktor kesihatan.
Mahkamah benarkan prosiding ini untuk pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan OKT (Orang Kena Tuduh) ditangguhkan ke 27 Ogos.
Ismail Sabri pernah dipanggil SPRM beberapa kali

Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali dipanggil bagi sesi rakaman percakapan berkaitan pengisytiharan harta yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM turut menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
Dalam perkembangan berkaitan siasatan tersebut, SPRM dilaporkan merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat”.
Siasatan berkenaan turut melibatkan empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

