Isteri Alami Masalah Dalaman, Aliff Syukri Mengaku Terkena Penyakit Ain -“Bila Live Je Rasa Benci, Nak Mengamuk”

Isteri Alami Masalah Dalaman, Aliff Syukri Mengaku Terkena Penyakit Ain -“Bila Live Je Rasa Benci, Nak Mengamuk”

“Mula-mula tu penyakit ain ni saya tak percaya. Satu hari bila saya kena sakit mata, Ammar kena, Cess kena, Raudhah kena tapi maid, pengawal semua tak kena”.

Demikian perkongsian usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.

Kata Aliff, selain dirinya, anak-anak dan isteri juga mengalami sakit mata yang teruk namun, lebih menghairankan, pengawal, pembantu rumah dan pembantu peribadinya yang terdiri daripada 11 orang itu langsung tidak terkena penyakit tersebut.

“Penyakit ain is real. Ingat tak masa mata saya sakit haritu. Dekat rumah ni, pembantu peribadi, maid, pengawal sahaja ada 11 orang semua tak kena.

“Mula-mula tu penyakit ain ni saya tak percaya. Satu hari bila saya kena sakit mata, Ammar kena, Cess kena, Raudhah kena tapi maid, pengawal semua tak kena.

“Mulanya dengan demam satu keluarga, lepas demam, isteri pula. Dan ada satu benda yang saya tak cerita adalah isteri saya mengalami  masalah dalaman dia tak berhenti-henti sampai dia stress.

“Saya pula, kena penyakit yang orang kata kena jilat jin, sopak garam lah saya tak tahu apa nama tu. Jadi saya pergi jumpa doktor. Doktor pun cucuk tiga hari berturut-turut dia kata baik tapi sebaliknya.

“Sebelum kena tu, saya mimpi hantu. Takut sangat mimpi tu. Satu hari selepas mimpi tu badan bengkak sampai sekarang ni masih ada,” katanya.

Berkongsi lanjut, Aliff juga menjelaskan, setiap kali dia mahu melakukan sesi siaran langsung, dia pasti berasa kurang selesa, marah dan benci.

Lebih menyeramkan, dia juga berasa seolah-olah dihimpit oleh sesuatu.

“Nak diringkaskan cerita, dengan nama Allah saya cerita hal sebenar, sebelum live semalam, saya ada masalah tengok live ni, saya jadi garang, bila tengok je live saya rasa macam ada benda himpit saya. Rasa benci, moody, tak nak live.Tak tahulah nak kata apa macam tak ada mood, rasa nak mengamuk je bila tengok live.

“Sebab tu kau orang tengok aku kuat mengamuk. Jadi bila tanya diri sendiri tu, kena penyakit ain ke tidak. saya memang tak percaya. Tapi itulah dia,” jelasnya.

 

Scroll to Top