mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Isteri kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 66, iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.38 pagi tadi.
Bayi comel seberat 2.9 kilogram juga anak kelima Pasangan itu diberikan nama Magdalena Yamani Jamal Ubaidilah.
Jamal menerusi ucapan ringkasnya melahirkan kesyukuran terhadap kelahiran puterinya.
“Terima kasih kerana ucapan tahniah dan mendoakan,” katanya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp.
Terdahulu hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia dua tahun.
Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
© New Straits Times Press (M) Bhd




