Isu fitnah larangan takbir & Qunut Nazilah, MP Jasin mohon maaf ke Fadhlina

Isu fitnah larangan takbir & Qunut Nazilah, MP Jasin mohon maaf ke Fadhlina

Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail bersama akhbar Harakah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Mahkamah Sesyen berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkan pada 2023.

Kenyataan udang salah faham

Memetik laporan daripada Bernama, pengakuan itu dibuat selepas pihak defendan mengakui kenyataan tersebut telah menimbulkan pelbagai tafsiran serta menjejaskan reputasi plaintif.

“Oleh yang demikian, kami bersetuju untuk menarik balik sepenuhnya, secara mutlak dan tanpa sebarang syarat kenyataan-kenyataan tersebut,” kata beliau.

Ketiga-tiga defenden perlu bayar kos RM15,000

Dalam prosiding sama, Hakim Hilmiah Yusof merekodkan penghakiman persetujuan dengan terma penyelesaian dipersetujui kedua-dua pihak serta mengarahkan ketiga-tiga defendan membayar kos sebanyak RM15,000 kepada Fadhlina.

Sebelum ini, Fadhlina memfailkan saman fitnah terhadap Zulkifli, bekas ketua pengarang Harakah Mazlan Jusoh dan penerbitnya, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd berhubung dakwaan berkaitan larangan takbir dan bacaan Qunut Nazilah sempena Minggu Solidariti Palestin.

Sumber: Bernama 

Scroll to Top