BOLOGNA, Itali: Seminggu sebelum sepak mula Euro 2020 di Rom, Itali membelasah Republik Czech 4-0 di Bologna pagi tadi yang juga perlawanan kelapan tanpa bolos buat mereka.
Ciro Immobile, Nicolo Barella, Lorenzo Insigne dan Domenico Berardi semuanya menemui gawang buat tuan rumah yang akan membuka kempen Euro berdepan Turki Jumaat depan.
Tanpa kehadiran pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Verratti, yang belum pulih daripada kecederaan lutut, Jorginho, pemenang Liga Juara-Juara bersama Chelsea dan Barella pantas mencipta rentak buat Itali.
Penyerang Itali, Insigne dan Immobile mensia-siakan peluang awal sebelum Immobile memecah kebuntuan pada minit ketiga.
Barella yang sering mencipta ancaman dari bahagian tengah, menambah gol kedua sebelum tamat babak pertama.
Immobile membantu Insigne untuk gol ketiga selepas menerima bola yang membias.
Berardi menamatkan saingan dengan gol keempat yang menceriakan beberapa ribu penonton di Stadium Dall’Ara.
Tuan rumah juga meraikan penampilan pertama penyerang Sassuolo, Giacomo Raspadori, pilihan mengejutkan dalam senarai 26 pemain skuad itu berbaki 12 minit saingan. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




