Kadar SARA akan dinaikkan – Anwar

Kadar SARA akan dinaikkan – Anwar

am@hmetro.com.my

Seremban: Kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Ceramah Jelajah Kekal HARAPAN di Paroi di sini, malam ini.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat, kita akan naikkan SARA untuk rakyat semua.

“Yang kita gabung dengan Negeri Sembilan, kita mahu Datuk Seri Aminuddin Harun di Negeri Sembilan kekal sebagai Menteri Besar.

“Untuk kerja, hentikan amalan sakau, hentikan buat harta negeri seperti harta peribadi. hentikan itu. Kita beri contoh orang Melayu baik, boleh berkhidmat dan menjaga rakyat,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari; dan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Anwar berkata, sepanjang lebih tiga tahun Kerajaan MADANI mentadbir negara ini, pelbagai inisiatif diambil bagi mengurangkan beban rakyat tetapi pihak tertentu tetap ‘menyerang’ dengan sentimen politik.

“Kadar ekonomi berkembang, harga minyak turun tetapi masih diserang fitnah sebegitu rupa, kos sara hidup masih tinggi sebab itu saya umumkan di Ipoh.

“Saya kata walaupun bagi STR (Sumbangan Tunai Rahmah), SARA, Datuk Seri Aminuddin (di Negeri Sembilan) bagi bonus tinggi (kepada penjawat awam) tapi adakah selesai masalah? Belum.

“Bila saya bincang sebulan lalu, saya umumkan di Perak. Saya kata oleh kerana masalah rakyat masih ada, kita dengar, dan kita tahu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top