Pelakon dan penyanyi Eira Syazira menafikan dakwaan anak sulungnya iaitu Amarra Sofea Rose terlibat dengan gejala buli di sekolah.
Memetik mStar Online, Eira berkata dia dan suaminya iaitu Azad Jasmin tidak terkesan dengan gosip berkenaan serta tidak melayan komen-komen netizen kerana bukan anaknya yang diperkatakan itu.
BACA: Netizen Puji Kecantikan Anak Kedua Azad Jazmin, Eira Syazira
“Saya dan suami abaikan saja kerana tahu itu bukan anak kami. Saya baca komen-komen tapi nak buat macam mana. Saya hanya tersenyum kerana tak boleh buat apa-apa.
“Sebenarnya saya okay saja bila dikaitkan dengan perkara itu, saya tak baca dan balas komen netizen di media sosial sebab itu bukan Amarra,” katanya.
Sementara itu, Eira berkata dia sendiri ada bertanya kepada anaknya mengenai isu tersebut. Katanya lagi, dakwaan mengaitkan anaknya itu tidak masuk akal kerana anaknya juga mempunyai tona kulit yang sama.
“Dalam gossip tersebut mengatakan pembuli mengejek warna kulit mangsa sedangkan anak saya kata warna kulit dia pun gelap. Anak kata kenapa dia nak ejek orang itu.
“Saya ada tanya anak saya, sama ada dia tahu orang bercakap mengenai gosip itu termasuk dikatakan mengasari mangsa, tapi anak saya tak buat semua itu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Siti meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah yang didakwa dilakukan oleh anak kepada seorang penyampai radio terkenal.
Wanita tersebut memaklumkan ibu kepada pelakon yang juga isteri kepada penyampai radio terkenal akhirnya tampil memohon maaf.
Namun, Siti berkata permohonan maaf itu tidak dibuat secara bersemuka sebaliknya disampaikan melalui pihak sekolah selepas dia mengemukakan bahan bukti berhubung kejadian tersebut.
Lima pelajar yang terbabit dalam kes buli itu termasuk anak penyampai radio berkenaan hanya dikenakan tindakan amaran oleh pihak sekolah.
Sumber: mStar Online




