JAINJ siasat dakwaan murid sekolah agama dijemur

JAINJ siasat dakwaan murid sekolah agama dijemur

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memulakan siasatan terhadap satu video tular seorang ibu yang mendakwa anaknya dijemur di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) juga sudah digerakkan bagi mendapatkan laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Kita sedia maklum mengenai kejadian yang tular itu dan sudah minta Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan PPID siasat dan siapkan laporan lengkap mengenai kejadian itu.

“Siasatan akan dilakukan dengan terperinci,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, tular di aplikasi Tiktok, seorang ibu mendakwa anaknya berusia tujuh tahun dijemur di bawah terik matahari dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.

Wanita berkenaan mendakwa anaknya didenda kerana datang lambat ke sekolah dan kejadian itu dipercayai berlaku sekitar 2 petang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top