Jangan harap dapat ambil Pan-gon – FAM

Jangan harap dapat ambil Pan-gon – FAM

FAM mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan langkah yang telah diatur untuk skuad Harimau Malaya dapat diteruskan oleh Pan-gon.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan melepaskan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon walaupun ada tawaran yang dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk mendapatkan khidmat jurulatih tersebut.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, badan induk itu mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan langkah yang telah diatur untuk skuad Harimau Malaya dapat diteruskan oleh Pan-gon.

“Macam yang ada didengari sekarang, ini semua permintaan orang luar. Permintaan sebelum ini pun ada juga yang mahu dia dikeluarkan.

“FAM ada perancangan tersendiri bagi memastikan apa yang dilakukan berterusan dan kita nampak peningkatan di bawah Pan-gon ini agak baik. Tentu sekali apa yang telah cuba dilakukan ini perlu diteruskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Ke-10 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.

Scroll to Top