Jangan kaitkan! Sajat geram nama diheret dalam isu Rohingya -“Saya tak ada kena mengena”

Jangan kaitkan! Sajat geram nama diheret dalam isu Rohingya -“Saya tak ada kena mengena”

Pempengaruh media sosial, Nur Sajat tampil menjelaskan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu Rohingya yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia ketika ini.

Jangan kaitkan namanya dengan isu Rohingya

Menerusi hantaran di media sosial, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman meminta orang ramai agar tidak mengaitkan nama, kisah hidup atau kes yang pernah melibatkannya dengan isu berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena-mengena dengan isu Rohingya yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia ketika ini.
“Tolong jangan kaitkan nama saya, cerita hidup saya atau kes saya dengan isu itu. Ia adalah dua perkara yang berbeza dan tidak mempunyai sebarang hubungan.
“Saya juga tidak pernah memburukkan Malaysia. Malaysia ialah tanah tumpah darah saya.,” tulisnya.

Harap orang ramai hormati kehidupan baharu

Menurut Sajat, walaupun kini menetap di Australia, dia tidak pernah membenci atau memburukkan Malaysia yang disifatkannya sebagai tanah tumpah darahnya.

Dalam hantaran sama, Sajat berkata dia sudah lama meneruskan kehidupannya dan berharap orang ramai dapat menghormati perkara tersebut tanpa terus mengheret namanya ke dalam perdebatan yang tidak berkaitan.

“Saya dah lama ‘move on’ dan meneruskan kehidupan saya. Jadi saya harap orang ramai juga dapat menghormati perkara itu dan berhenti mengheret nama saya ke dalam perdebatan yang langsung tidak membabitkan saya,” tulisnya.

Terdahulu, Sajat turut memuat naik sebuah video meluahkan rasa marah selepas ada pihak yang menyamakan tindakannya berpindah ke Australia dengan wanita Rohingya dikenali sebagai Noor Azizah.

Menjengah ke ruangan komen di Threads, rata-rata pengguna meminta Sajat bersemuka dengan wanita berkenaan yang didakwa telah memburukkan nama Malaysia.

Sumber: Thread nursajatkamaruzzaman

Scroll to Top