Janji temu pendakian romantik berakhir operasi SAR

Janji temu pendakian romantik berakhir operasi SAR
Janji temu pendakian romantik berakhir operasi SAR

Wanita itu kemudiannya ditempatkan di atas pengusung sebelum dibawa turun untuk mendapatkan rawatan susulan. – Foto Agensi

CARSON CITY – Aktiviti ‘mendaki romantik’ bertukar menjadi operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) didakwa melontar batu sebesar bola sofbal ke arah pasangannya ketika pertemuan pertama mereka.

Polis Las Vegas membuka siasatan selepas satu insiden keganasan domestik disyaki berlaku semasa ‘janji temu pertama’.

Wanita tersebut didakwa turut meninggalkan anak kecilnya berjalan sendirian di laluan pendakian hingga mengalami hipotermia.

Pasukan penyelamat dan polis bergegas ke kawasan Cathedral Rock Trailhead pada 23 Mei lalu selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang pendaki yang hilang.

Lelaki dikenali sebagai Romeo mendedahkan wanita tersebut mengalami kecederaan pada lutut ketika mendaki dan naik angin selepas dia meminta bantuan.

Tidak lama selepas itu, pasukan penyelamat menemui wanita tersebut terperangkap di kawasan berbatu yang curam dan berbahaya di luar laluan utama.

Polis berkata, dia kelihatan seperti berada di bawah pengaruh sesuatu dan percakapannya tidak jelas.

Selepas kecederaan pada lututnya dirawat oleh pasukan bomba, wanita itu kemudiannya ditempatkan di atas pengusung sebelum dibawa turun untuk mendapatkan rawatan susulan.

Susulan kenyataan lelaki tersebut, polis membuka kertas siasatan bagi kesalahan keganasan domestik yang disyaki dan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak turut dimaklumkan tentang perkara tersebut. – Agensi

Mesti Baca

Scroll to Top