JDT mampu lakukan ‘sesuatu’ pada aksi hidup mati bertemu Ulsan – Solari

JDT mampu lakukan ‘sesuatu’ pada aksi hidup mati bertemu Ulsan – Solari

Solari (kiri) dan Forestieri pada sidang akhbar berkenaan. – Foto Bernama

BIARPUN ramai menyifatkan aksi berdepan Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa sebagai pertembungan ‘hidup mati’ skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC kali ini, namun pengendalinya, Esteban Solari yakin skuad kendaliannya itu mampu melakukan ‘sesuatu.’

Menurut Solari, kesebelasan skuad Harimau Selatan itu dilihat bermotivasi menjelang pertembungan itu berdasarkan kepada prestasi baik yang ditunjukkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Katanya, pemain-pemain juga diingatkan agar tidak terlalu menghormati pasukan lawan dengan memberikan saingan sengit sehingga ke wisel penamat.

“Bagi saya, ia bukan misi hidup atau mati kerana dalam permainan bola sepak semuanya perlu konsisten dan mengekalkan corak permainan berintensiti tinggi.