
Jenazah legenda bola sepak negara, Allahyarham Shaharuddin Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting petang Khamis. – Foto Astro AWANI
JENAZAH legenda bola sepak negara, Allahyarham Shaharuddin Abdullah, 75, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting di sini, petang Khamis.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Nurul Hidayah Kampung Bukit Jana, selepas solat Zohor.
Solat jenazah diimamkan sendiri cucu Allahyarham, Azizul Hakim Azizul Aswad, 15, dan disertai kira-kira 200 jemaah.
Selesai solat, jenazah dibawa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira lima kilometer daripada Surau Nurul Hidayah.



