Jenazah Mohd Azrai Khor selamat dikebumikan

Jenazah Mohd Azrai Khor selamat dikebumikan

Jenazah Azraai Khor dibawa keluar dari van jenazah sebaik tiba di Tanah Perkuburan Taman Uda pada petang Khamis.

JENAZAH jurulatih legenda, Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, di sini kira-kira jam 6.25 petang Khamis.

Jenazah sebelum itu dibawa dari rumahnya di Kampung Alor Semadom dekat sini ke Masjid Sultanah Bahiyah untuk disolatkan.

Dianggarkan lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan arwah hadir di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir.

Anak kedua arwah, Siti Fairuz berkata, arwah bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau meninggalkan sebarang pesan buat mereka adik-beradik.