Oh! Artis
Jennifer Coppen dan Justin Hubner jadi bualan selepas video majlis pernikahan mereka tular dan cetus persoalan netizen.
Nama Jennifer Coppen dan Justin Hubner sekali lagi jadi hangat selepas acara perkahwinan mereka dikatakan melakukan perkara tidak sepatutnya.
Menerusi perkongsian yang tular di platform X, seorang netizen Malaysia meluahkan rasa hairan melihat konsep majlis pasangan berkenaan. Sebelum pernikahan berlangsung, Jennifer dilaporkan sempat mengadakan majlis khatam Al-Quran.
Tiba-tiba ada acara teguk air arak

Namun, isu mula menjadi panas apabila muncul video yang didakwa memaparkan Jennifer dan Justin menuang serta meneguk minuman keras secara terus dari botol ketika pesta pernikahan berlangsung.
Perkara itu membuatkan sebahagian netizen keliru dan mula mempersoalkan konsep keseluruhan majlis tersebut.

Di media sosial, ada yang merasakan perkara itu adalah urusan peribadi pasangan berkenaan. Namun, tidak kurang juga yang berpendapat tindakan tersebut wajar menjadi perhatian kerana ia berlaku dalam suasana majlis pernikahan yang sudah pun tular.
Pssttt! Syaitan pun pening weh…. Kalau betul la diorang ni buat macam tu, harap cepat-cepatlah bertaubat. Apapun, kita doakan saja agar mereka diberikan hidayah dan pengajaran juga untuk kita semua.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




