Penyanyi rock Datuk Awie berkata meskipun mengalami bronkitis buat kali kedua namun dia tetap berusaha memberikan persembahan terbaik di Konsert Awie Rock King – Last Man Standing 2026 pada Jumaat lalu.
Memetik Utusan Online, Awie berkata berikutan jerebu yang melanda negara sekaligus mengakibatkan gangguan kepada paru-paru.
BACA: Awie Rupanya Berjiwa Sensitif, Mudah Menangis & Tersentuh Hati
“Anda nampak saya bergelonjak lompat-lompat tapi sebenarnya saya tidak sihat. Jerebu rosakkan paru-paru saya, saya kena bronkitis kali kedua. Apapun, show tetap diteruskan dan akan habiskan kesemua lagu pada malam ini,” katanya.
Lebih manis pada konsert malam itu, Awie menyanyikan lagu Maharani ditujukan kepada isterinya, Sharifah Ladyana sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.
“Lagu ini diciptakan untuk ‘housemate’ saya. Inilah hadiah 10 tahun perkahwinan kita,” katanya sambil disambut sorakan 20,000 pengunjung konsert malam tadi,” katanya.
Sumber: Utusan Online
