“Jodoh Sampai Di Situ Saja, Kami Dah Ada Hidup Masing-Masing, Fattah Dah Ada Keluarga Baru”

“Jodoh Sampai Di Situ Saja, Kami Dah Ada Hidup Masing-Masing, Fattah Dah Ada Keluarga Baru”

Pelakon Nur Fazura menjelaskan mengenai kehadirannya bersama bekas suami, Fattah Amin menyambut hari kebudayaan anak merek, Nur Fatima Aisya.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fazura berkata mereka menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa demi kebahagiaan Fatima.

BACA: “Saya Mohon…Cukuplah, Jangan Ganggu Saya Lagi” 

“Saya ingin jelaskan pada semua. Alhamdulillah kami berdua dapat hadir bersama-sama ke ‘Cultural Day’ Fatima. Niat saya hanya kerana Allah dan demi kebahagiaan serta keharmoniaan anak saya. 

“Saya pasti niat saya dan Fattah juga adalah untuk bersama-sama dalam ‘co-parenting’. Kami hadir bagi memberi sokongan dan menjaga keharmonian mental serta emosi anak kami,”katanya.

Sementara itu, Fazura berkata dia berkongsikan di akaun peribadi Fatima untuk dijadikan kenangan dan ianya merupakan permintaan anaknya untuk mempunyai gambar bersama ibu dan bapanya.

“Saya rakam Fatimah kerana dia yang mahukan gambar lengkap bersama mummy dan daddynya. Apa yang saya buat ialah saya muat naik momen tersebut di akaun Fatimah yang saya kendali untuk tujuan kenangan bagi Fatima. Ia juga adalah bagi menjaga keharmonian semua,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura berkata antara dirinya dan Fattah adalah perkara lalu dan kedua-duanya sudah teruskan kehidupan masing-masing.

“Alhamdulillah semua harmoni. ‘Past is past’. Jodoh kami sampai di situ sahaja. Kami berdua dah ada hidup masing-masing. Fattah dah ada keluarga baru. Manakala saya, fokus pada mencari rezeki dan membesarkan Fatima. Tiada niat yang tak elok. Fokus dan keutamaan saya dan Fattah ketika ini hanyalah pada Fatima. 

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top