Junior pilih psikologi sukan, bantu pemain atasi cabaran mental

Junior pilih psikologi sukan, bantu pemain atasi cabaran mental

Pemain dengan ketinggian 1.91 meter itu menerima pujian daripada peminat bola sepak tempatan kerana berjaya membentuk gandingan mantap bersama Dion Cools untuk mematahkan serangan Taiwan terutamanya hantaran tinggi, sekali gus membantu Malaysia meraih kemenangan 1-0 pada aksi Kumpulan D, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Mengulas mengenai prestasinya, Junior berkata beliau mahu memberi sepenuh komitmen dan beraksi dengan sebaik mungkin demi membalas kepercayaan Pan Gon.

Junior, yang beraksi bersama Dewa United di Liga 1 Indonesia, mengakui kini lebih matang dan bijak membaca permainan hasil pengalaman beraksi antaranya di Liga Malaysia dan Thailand.

“Saya mahu terus konsisten dan fokus untuk bermain dengan lebih baik. Kepercayaan Pan Gon memberikan keyakinan, saya akan bekerja keras kerana selepas ini kita ada Piala Asia (di Qatar pada Januari) dan baki empat aksi kelayakan dunia sekali gus cipta satu lagi sejarah.

“Peluang untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia tinggi sekiranya kita dapat sekurang-kurangnya seri dengan Oman pada Mac tahun depan. Kita perlukan sokongan padu penyokong di Bukit Jalil, supaya Oman berasa mereka bagaikan beraksi menentang 12 pemain,” katanya.

Selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 pada Khamis lepas dan Taiwan 1-0, Malaysia kini menduduki tempat teratas Kumpulan D dengan enam mata, diikuti Oman dan Kyrgyzstan dengan masing-masing tiga mata, manakala Taiwan di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Oman di Muscat pada 21 Mac dan menentang pasukan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac, diikuti aksi ke atas Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun, sebelum menamatkan kempen dengan menerima kunjungan Taiwan pada 11 Jun. – Bernama