“Kadang-Kadang Dalam RM10 Kita Ada, RM3 Je Milik Kita, RM7 Itu Hak Orang Lain” 

“Kadang-Kadang Dalam RM10 Kita Ada, RM3 Je Milik Kita, RM7 Itu Hak Orang Lain” 

 Pelakon dan pelawak, Zizan Razak sering menjadi perhatian ramai apabila sering membantu mereka yang memerlukan.

Memetik Oh Bulan, Zizan berkata dia percaya bahawa rezeki seharusnya dikongsikan dengan orang lain dan apa yang dimilikinya kini adalah atas doa orang ramai serta keluarga.

BACA: “Saya Takut Sebenarnya, Kalau Boleh Lepas Derma Saya Nak Diam-Diam Saja” – Zizan

“Saya buat kerana Allah, apa yang saya ada hari ini pun bukan atas sebab saya semata-mata tetapi atas doa orang ramai, ibu bapa dan peminat saya.

“Apa yang ada pada saya bukan milik saya seorang, jadi saya harus berkongsi ketika orang berada di dalam keadaan susah. Kadang-kadang dalam RM10 yang kita ada, RM3 sahaja sebenarnya milik kita, selebihnya RM7 itu hak orang lain,” katanya.

Sementara itu, Zizan berkata dia lebih selesa agar ianya tidak mendapat perhatian ramai namun terbuka seandainya dapat memberi tauladan baik kepada orang ramai.

“Saya lebih suka sorokkan tetapi ada baiknya apabila kadang-kala Allah buka cerita ini bukan untuk saya rasa bangga tetapi untuk bagi inspirasi kepada orang.

“Tetapi saya takut kebanggaan itu melalaikan saya namun saya harap ini dapat membuka mata. Kalau kita ikhlas akan ada rezeki-rezeki lain yang akan sampai,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top