Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberi pendapat berkenaan kenyataan pendakwah, PU Riz yang membenarkan isterinya berkahwin lagi jika dia meninggal dunia terlebih dahulu.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kak KM berkata dia tidak mahu berkahwin lagi kerana bimbangkan dengan ketiga-tiga anak perempuannya.
BACA: “Aku Jaga Anak Kau, Kau Nak Saman Aku? Kau Alright Tak?” – Kak KM
“Suami Neelofa kata kalau dia meninggal dahulu, dia benarkan isterinya kahwin lagi. Terpulang, hak masing-masing tapi kita boleh cakap sahaja sebab jodoh kita tak tahu.
“Tapi saya, niat daripada awal perkahwinan kalau jadi apa-apa saya tidak mahu kahwin lagi. Saya ada anak perempuan tiga orang. Kalau kahwin lagi, kita tak tahu apa akan jadi dengan ketiga-tiga anak perempuan saya,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata dia tidak memikirkan tentang dirinya sebaliknya bimbangkan anak-anaknya seandainya dia berkahwin lain.
“Saya tidak fikir diri saya. Cumanya risau apa yang anak-anak akan fikir dan tengok apabila saya bermesra dengan suami baharu. Contoh kalau tengah makan bersama, nanti kita pandang sahaja pasangan baru tu, anak tak pandang pun sebab kita dah lupakan dia,” katanya.




